· 17 名成员 · 5 个活动
Santai Pickle Club merupakan sebuah komuniti pickleball yang menghimpunkan pemain daripada pelbagai peringkat kemahiran dalam suasana santai, mesra dan inklusif. Kelab ini ditubuhkan dengan matlamat memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kemahiran bermain pickleball melalui sesi latihan, permainan sosial, perlawanan persahabatan dan aktiviti berasaskan penilaian DUPR.
Kami mengalu-alukan penyertaan pemain baharu mahupun yang berpengalaman. Di Santai Pickle Club, kami percaya bahawa setiap pemain berpeluang untuk belajar, berkembang dan menikmati permainan dalam semangat kesukanan yang tinggi.
Moto: Play Together. Improve Together. Enjoy the Game.