· 11 members · 1 activities
Tengkolok Badminton Team (TBT) merupakan salah satu sukan di bawah naungan Tengkolok Active Community (TAC).
TBT ditubuhkan sebagai platform untuk menghimpunkan pemain badminton dari pelbagai peringkat daripada beginner hingga intermediate dalam suasana yang santai, teratur dan berfokus kepada komuniti.
Sesi TBT diadakan setiap hari Selasa merangkumi permainan mingguan, coaching asas serta aktiviti komuniti yang menggalakkan gaya hidup aktif, pembelajaran berterusan dan semangat kebersamaan.
TBT turut mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi ahli Tengkolok Active Community (TAC), serta bukan ahli yang ingin mencuba dan mengenali sukan badminton.
Bayaran bagi setiap sesi berbeza untuk ahli TAC dan bukan ahli. Caj RM2 telah dikenakan kepada bukan ahli.
Dari komuniti, untuk komuniti.
Reach to Passion.